Sunday, April 22, 2012

Biodata Iblis



Hari ini Afiq nk tunjuk kt korunk biodata iblis,kalau korunk x thu lagi baca la kt bwah tuh.







Nama :- Iblis Laknatullah

Tempat Kelahiran :- Bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status Diri :- Fasik kelas pertama

Agama :- Kufur

Tempat Tinggal

Di Dunia :- Hati-hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal

Di Akhirat :- Neraka jahanam

Kawasan :- Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah Perjalanan :- Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di Dunia :- Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum Kerabat :- Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal Pusingan :- Angan-angan kosong

Tempat Pertemuan :- Pasar-pasar

Musuh Ketat :- Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto Kerja :- "Hipokrasi asas akhlak"

Kesukaannya :- Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita-Cita :- Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :- Bila orang membaca istighfar

Lambang :- Sebarang tatu

Pejabat Operasi :- Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan Kongsi :- Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber Pendapatan :- Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis Perkhidmatan :- Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Tempoh Perkhidmatan:- Sehingga hari kiamat

Matlamat Perjalanan :- Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam

Teman Sejawat :- Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

"Ganjaran Berkomu-

nikasi Dengan :- Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan

pedendam

Makanan Kegemaran :- Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti :- Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Yang Dibenci :- Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat Perangkap :- Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya

Saat Ajal :- Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas Yang Paling

Disukai :- Homosex dan Lesbian

Janji-Janji :- Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang Membuatnya

Menangis :- Bila orang sujud kepada Allah


Renung2kan dan selamat beramal!! :D

No comments: